Bismillahirrahmanirrahim ..
Assalamualaikum ...
APA ITU SAHABAT DAN APA ITU KAWAN ???
SAHABAT
Sahabat adalah org yg memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri tp tdk ada pertalian darah.Dalam erti kata lain sahabat bkn trdiri drp adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yg mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik.Sahabt adalah org yg byk memberi manfaat dan kebaikan kpd kita.
Sahabat adalah seorang yg setiakawan,membantu apabila kita dlm kesusahan,meredakan kesedihan,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita.Sahabat juga mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita dan akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tdk semestinya memiliki minat atau pendapat yg sama dgn kita,tetapi mereka akan sentiasa ada bersama kita apabila kita memerlukannya.Sahabat kadangkala menjadi penjaga,pelindung dan pemberi semangat kepada kita.
KAWAN
Kawan adalah seorang yg boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat,hobi,perasaan,perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yg sama.Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan ,tetapi mereka selalunya tidak akan pergi jauh lebih daripada itu.Malah,sekiranya tidak sependapat,hubungan kawan boleh terputus.
SEKADAR PERKONGSIAN :-
"Sahabat yg baik adalah sahabat yg selalu mengingatkan kita kpd ALLAH...
Hari ini kita bersahabat,esok kita bersahabat dan selamanya kita bersahabat...
Jika hari esok diri ini tiada lagi di dunia ini...
Kutetap mengharapkan kita bersahabat...
Diri ini mengharapkan kita sama-sama selamat sampai di sana..."
Buat sahabat-sahabatku yg ku sayangi lg ku sanjungi ... Aku titipkan doa utk kalian ...
Doaku untuk sahabat2 pada Penghulu Segala Hari :
Ya ALLAH,
tatkala bahang mahsyarMU menjilat tubuh.
izinkan ami sama2 berteduh..
Tatkala mizanMU teliti mengira,
beratkan neracanya atas setiap jasa..
Naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMU semata..
Andai aku berdosa di dunia ini,
ku mohon sahabat2 memaafkan
agar aku tak terhina pada hari pembalasanNYA..
Andai pula kulayak ke Syurga,
kupinta bukan hanya ibu bapa dan keluargaku sahaja bersama..
Tetapi juga sahabat2ku ini bersama..Aminnn..
Akhir kalam penutup bicara utk kali ini,buat sahabat-sahabatku .. aku memohon seribu keampunan seandainya aku pernah menghiris hatiku .. aku bkn insan yg sempurna,ak hanya insan yg seringkali melakukan kesilapan .. aku SAYANG sahabat-sahabatku ... mohon maaf atas segala-segalanya ... ingatlah wahai sahabat-sahabatku : " SERENDAH-RENDAH UKHUWAH ADALAH BERSANGKA BAIK,SETINGGI-TINGGI UKHUWAH ADALAH BERKORBAN DEMI ORG LAIN" .... Wallahua'lam ...
:: KHAS UTK SAHABATKU YG KU SAYANGI ::
Buat sahabat yang terguris hatinya...
Mungkin aku bukan sahabat terbaik mu
Kerna aku betah membuat hati kecil kamu terluka
Mungkin bukan itu niatku
Bukan jua itu pinta dan kemahuan ku
Demi menjaga sekeping hati seorang bernama sahabat
Buat sahabat yang terguris hatinya
Hidup ini bukanlah kejam
Sungguh pon ranjau perjalanan itu terlalu beronak
Percayalah Tuhan sentiasa aturkan yg terbaik utk hambaNya
Yakinlah pada janji Tuhan
Buat sahabat yang terguris hatinya
Andai wadah persahabatan ini
kalamku merangkaikan dusta
Langkah ku mencalarkan luka
Bisikkan hasad merobek hatimu
Susunan jari ku hulurkan
Salam kemaafan ku luahkan
Buat sahabat yang terguris hatinya
di jalan Allah persahabatan ini bukanlah milikku,
dan bukan jua milikmu
persahabatan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia
kerana Dialah aku mengenalimu,
dan kerana Dia juga telah menetapkan kau dan aku mengukir kenangan bersama
Sesunguhnya ukhwah itu indah
andai bertemu dan berpisah keranaNya...
Maafkan aku wahai sahabat yang terguris hatinya.....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Duhai sahabat dirimu umpama cermin yang membias dan memantul peribadiku..
untuk ak mengkoraksi dan membina mutiara serikandi..
tanpamu sebagai teman..
arahku kelam mencari sinar hidayah .. lemah ak berkekalan ..sesatku tak berkesudahan..
sahabatku...
setiap hari ak merindui ukhuwah kita yg terbina kukuhnya dgn akidah...
mesranya dgn iman .. semoga dpt kita pertahankan nilai ketaqwaan agar tak runtuh dek kejahilan hati yg penuh titik hitam ..